6
Products
- Browse Products
- Available Products
- All Products
- Products on SALE
- Aromatherapy Balm
- Cosmetics
- Stingless Bee Honey
Powered With By AVANA
Q&A Madu Kelulut
APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MADU?
Saya terpanggil untuk berkongsi makumat tentang artikel berkenaan madu yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini yang mungkin agak mengelirukan
Soalan 1- Adakah madu sesuai diambil bersama garam?
Jawapan
Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.
Pengambilan madu beserta garam akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu dan secara tidak langsung ianya akan mengurangkan khasiat madu tersebut.
Soalan 2. Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?
Jawapan
Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia.
Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Seeloknya diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.
Soalan 2. Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?
Jawapan
Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (asid fenolik) akan lebih mudah dan lebih banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu.
Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah s.a.w. menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”
Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu
Barli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini;
a. merupakan fiber larut air.
b. tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil.
c. terus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar.
d. bertindak sebagai prebiotik iaitu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae.
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu yang mungkin terikat bersama bahan lain dalam usus besar manusia.
Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia
Soalan 3. Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?
Jawapan
Menurut kaedah tradisional, keaslian madu ditentukan dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah…
a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi
enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala
walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan
walaupun disimpan bertahun-tahun.
Sebenarnya, madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli
atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk
beku terlalu lama.
Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya
Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69
…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi kaum yang mereka berfikir….
a. Madu yang banyak khasiat adalah madu
yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap cthnya perang.
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang
diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia
c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai
komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar.
d. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa
makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan - `Food as Medicine’
e. Bahan antioksidan ini boleh dianalis menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukan madu kelulut lebih tinggi khasiat asid fenolik berbanding madu biasa. Hasil kajian saya juga madu kelulut asli juga ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)
Soalan 4. Adakah madu boleh diletak dalam peti ais?
Jawapan
Madu sebaiknya disimpan dalam chiller atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Madu (khususnya madu kelulut) sebaiknya dibuang air untuk mengelakkan berlaku penapaian (yang akhirnya akan mengurangkan khasiat madu tersebut). Enzim dalam madu juga akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi.
Bahan karbohidrat dalam madu juga akan berubah kepada hidroksimetilfurfural (HMF) jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas
Soalan 5. "Saya nak tanya, Madu kelulut sesuai ke nak amal kalau ada penyakit batu karang dalam hempedu?"
Jawapan
Kita yakin Madu adalah penawar segala penyakit. Itu yang Allah sebut dalam kita Nya. Cuma pastikan Madu Tulen.
Tapi, makanan-makanan lain kena pantau juga. Kena kurangkan makan makanan tinggi Oxalete
Jika termakan atau nak makan makanan tinggi Oxalate kena Minum susu.
Makanan tinggi Oxalate ni banyak dalam pemakanan seharian kita. Contohnya bayam, daun kesum, belimbing, rubarb, dan baaanyak lagi.
Soalan 6. "Madu Raufa kali ini Manis, compare yang sebelumni. Bila campur dengan air masak, rasa Masam. Kenapa ya?"
Jawapan
Tu terjadi sebabnya molekul hidrogen akan terlerai lagi banyak bila campur air, jadi lebih Masam.
Soalan 6."Puan, kalau PUASA semasa kita nak bersahur macam mana pulak nak ambik Madu? Makan dulu ke atau sebelum makan sebelum bersahur?
Jawapan
Kalau dapat 30MINIT SEBELUM makan sahur.
Makna, celik mata jer terus gi gosok gigi. Pastu terus ngap Madu.
Pastu kita kan nak duduk masak atau sediakan makan sahur, tu pun dah ambik masa dalam 30 minit juga kan.
Siap sedia jer juadah sahur dah jarakkan 30 minit tu. So dah boleh makan sahur. Yang bestnya kalau kita makan oat je. Takyah jarak masa pun tak pe. Sebab oat adalah fiber dan boleh kerja sama dengan Madu.
Andai kata kita terlambat bangun sahur tksempat nak siapkan juadah sahur. Memang sempat minum air je, lagi bagus telan Madu dengan air putih. Haha
Atau, kalau tksempat nak ambik Madu sebab kena jarakkan masa, tapi masa yang ada, mesti nak kena makan nasi. Maka, makan je la nasi.
Toksah makan madu. Membazir je makan Madu sebab tksempat nak jarakkan masa.
Passstu bila pulak nak makan Madu?
Aahhaa jangan la risau.
Masa berbuka lah. Azan jer terus ngap Madu, kurma Dan minum air jer dulu. Pastu boleh la solat maghrib dulu.
So dah dapat jarak masa disitu. At least 30 minit kan, lepas solat baru makan nasi dan lain-lain. Bila puasa sistem penghadaman kerja lebih baik. Jarak 30 minit dah memadai.
MOGA BERMANFAAT!
0358703622
nutrisee.gold@gmail.com
Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2023
Powered with by AVANA