- Browse Products
- Available Products
- All Products
- Products on SALE
- Aromatherapy Balm
- Cosmetics
- Stingless Bee Honey
Orang tanya tentang CORONAVIRUS dan saya kata ia sudah dijangka lama. Dalam hidup saya ada 3 impian, nak bawa bawa ibu menunaikan haji, nak wujudkan Sekolah Veterinar di Kelantan dan ketiga nak bawa madu masuk farmasi hospital sebagai imun booster.
Alhamdulillah dua dah tertunai, dan sekarang berusaha untuk impian ketiga dengan cara membangunkan industri madu negara.
Kenapa Sekolah Veterinar dan industri madu? Sebabnya saya diajar virus berevolusi dan wabak virus besar yang pernah berlaku di dunia pasti akan berlaku lagi. Saya dah terangkan dalam surat khabar tu. Dan kini kita berhadapan dengan Corona.
Mungkin satu tahap, ianya tidak boleh disekat dan boleh bunuh populasi besar manusia.
Jadi persediaannya adalah melahirkan kumpulan pakar yang memahami biologi haiwan dan virus serta proses zoonotic. Bidang ini adalah teras bagi seorang Doktor Perubatan Veterinar (Vet).
Dan madu pula adalah antibiotik semulajadi yang terbaik sebelum antibiotik moden (nota awam: antibiotik tidak bunuh virus). Ianya anugerah Allah kepada manusia yang tak mungkin melahirkan bakteria rintang. Ianya bukan ubat tapi PENAWAR. Banyak kajian menunjukkan 2 kunci utama peranan madu iaitu meningkatkan immuniti badan dan keupayaan membunuh bakteria. Dan kajian terbaru saya menunjukkan madu bersifat antidepresi atau antistress. Stres akan melemahkan imuniti badan. Maka, selain langkah pencegahan fizikal seperti kerap mencuci tangan, pengambilan madu diperlukan untuk membantu mengguatkan sistem imun agar kita kekal terlindung. Perlu makan satu sudu besar setiap pagi masa musim wabak ni. Dan kita bertuah Malaysia kini melahirkan ramai penternak lebah untuk hasilkan madu berkualiti sejak 5 tahun lalu. Pastikan kita beli dari penternak. Cuma saya masih perlu usaha keras untuk memartabatkan madu secara rasmi di hospital. Sebuah perjalanan jauh dan impian yang belum tercapai.
Andai saya gugur, harap ada sosok yang akan meneruskan impian ketiga ini.
Ceritanya, lepas grad 2005 dari UPM sebagai Doktor Veterinar (loghat Kelantan sebut Dr Nate), saya menyedari kepentingan bidang ini sebagai pertahanan terkehadapan biosecurity negara. Masa tu universiti pertama dicadangkan penubuhan di Kelantan dengan nama Universiti Darul Naim. Sebagai fresh graduate, tidak tahu dimana nak suarakan pendapat, saya beranikan diri menulis di akhbar Berita Harian tahun 2006 untuk bagi cadangan. Satu karangan panjang... tapi yang diterbitkan hanya sedikit. Takpe, janji cadangan ini diutarakan. Bila Uni Malaysia Kelantan UMK ditubuhkan, Alhamdulillah Fakulti Veterinar turut ditubuhkan dan bermulalah episod baru. Masa tu saya buat PhD di Hospital USM, kira-kira 10km dari UMK tapi setiap hari ke UMK bantu beri sokongan teknikal. Itulah hampir 14 tahun dulu. Dan mimpi jadi kenyataan bila first batch grad. Kini UPM dan UMK melahirkan pakar veterinar untuk negara.
Ketika ini Corona sedang mengganas dengan lebih 95000 kes dan 3280 kematian. Dan lebih menyedihkan, tawaf di Kaabah juga terhalang. Kita tidak tahu kesudahannya, tapi kita pasti boleh melawannya.
Terima kasih Prof Emeritus Dato Sheikh Omar Al-Amoudi , Prof Datuk Paduka Aini Ideris , Prof Dato Jafri Malin Abdullah dan Prof Mohd Azam Khan kerana membimbing saya.
Hasbunallahuwani'malwakeel.
Salam Jumaat
Dr Zulkifli Mustafa
Pejuang Lebah
Universiti Sains Malaysia
Nak Order Madu Kelulut? tekan link > Order Madu Kelulut
Copyright Reserved 2023